Khamis, 7 Januari 2010

Jawatan Kosong


SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):

1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:

Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:

Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet. Anda tidak perlu bawa pingat, Mercedes mata belalang atau kad kredit. Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul. Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.

Sila bawa dokumen asal iaitu :

Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:

Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:

1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini. Sila lihat tawaran-tawaran lain sebelum menjadi jenazah.

sama2lah kita saling ingat mengingati bersama...

Ohhhhhhhh Ibu. Jgn Jadi Si Tanggang

Pagi tadi sekitar jam 10 pagi tadi ada cerita si Tanggang yang durhaka. Dalam masa yang sama banyak cerita-cerita Tanggang Moden didada akhbar. Jika dahulu Si Tanggang malu disebabkan ibunya seorang tua yang susah. Tetapi dizaman sekarang ini, Si Tanggang Moden tanpa segan silu berebut harta diatas kubur ibu bapa. Apa nak jadi zaman sekarang ini.

Dizaman sekolah rendah dahulu, cikgu selalu berpesan "Jika awak berbuat jahat @ nakal dengan orang tua, nanti anak awak akan 10 kali jahat @ nakal". So fikirlah sendiri..............

Tengahari tadi sambil melawat rakan-rakan "TAGGED" terjumpa pula satu nukilan yang menarik perhatian saya. Ini saya terbitkan semula..........

Bila seronok, aku cari. ...pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Mak

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Mak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...bolehkah kau kirim wang untuk Mak? Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........Tapi kalau Mak sudah tiada..........

MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
Berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
Berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
Berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

SAYANGILAH IBU ANDA SEPERTIMANA DIA MENYAYANGI ANDA ...

Rabu, 30 Disember 2009

Pamer sijil halal palsu

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my


PETALING JAYA: Permintaan laris terhadap jualan alat penapis air yang didakwa menjamin kesihatan diambil kesempatan satu syarikat tempatan melakukan penipuan dengan taktik mempamerkan logo halal palsu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) khusus untuk memperdaya pelanggan.

Syarikat berkenaan dikesan mengeksploitasi logo halal Jakim pada kain rentang, kotak produk termasuk risalah jualan sebagai strategi sampingan yang dianggap berkesan untuk meyakinkan pengguna di kalangan umat Islam.

Kaedah penggunaan logo halal Jakim palsu terbabit dianggap mampu mengembalikan keyakinan pengguna yang sebelum ini was-was berikutan khabar angin wujudnya penapis air yang diperbuat daripada tulang khinzir dari luar negara.

Sumber Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya berkata, tindakan tidak bertanggungjawab syarikat memasarkan alat penapis air berkenaan dibongkar selepas pihaknya dan Jakim menerima aduan orang ramai yang sangsi berhubung penggunaan logo halal berkenaan.

Menurutnya, pihak Jakim kemudian menjalankan siasatan berhubung maklumat diterima sebelum mendapati logo halal yang diguna pakai syarikat pengedar alat penapis air terbabit palsu.

“Syarikat berkenaan tidak pernah diberikan kelulusan memiliki sijil halal menggunakan logo halal Jakim apatah lagi produk alat penapis air terbabit didakwa diimport dari luar negara,” katanya.

Susulan bukti dikumpulkan itu, sepasukan pegawai KPDNKK dibantu tiga pegawai Jakim dan seorang pegawai Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) menyerbu premis syarikat berkenaan di sini, semalam.

Dalam serbuan jam 1 tengah hari itu, pihak berkuat kuasa melakukan pemeriksaan dan soal siasat terhadap kakitangan pengurusan syarikat terhadap penggunaan sijil halal Jakim berkenaan.

“Bagaimanapun, pihak syarikat gagal memberi jawapan memuaskan terhadap kewujudan logo halal Jakim itu. Malah mereka memberi alasan pernah mendapatkan sijil halal daripada Jaip sebelum ini.

“Bagaimanapun siasatan mendapati sijil halal yang dikeluarkan Jaip sudah tamat tempoh sejak 2007. Ada kemungkinan, pihak syarikat beralih selera kepada sijil halal Jakim selepas menyedari kepentingannya untuk tujuan perniagaan,” katanya.

Menurutnya, susulan penemuan logo halal palsu berkenaan, pihak KPDNKK merampas lebih 3,000 unit alat penapis air berkenaan yang dianggarkan bernilai RM2.1 juta untuk tindakan lanjut.

“Tindakan memindahkan semua barang rampasan berkenaan mengambil masa lebih enam jam berikutan semua alat penapis air terbabit hanya mampu dipindahkan sepenuhnya ke gudang KPDNKK.

“Walaupun pihak pengedar alat penapis air berkenaan mendakwa ia diimport sepenuhnya dari luar negara, namun pihak berkuasa yang melakukan pemeriksaan rapi mendapati premis terbabit seolah-olah dijadikan kilang untuk memasang alat penapis air jenama terkemuka itu,” katanya.

Difahamkan syarikat terbabit turut menggunakan khidmat personaliti terkemuka tanah air sebagai jurucakap produk berkenaan sejak beberapa bulan lalu.

Sumber Metro Online